Wednesday, February 23, 2011

Telah Ku Duga

Telah ku duga selama ini si dia mencintai perempuan lain selain aku.Selama ini ku da banyak bersabar dari menahan kesedihan yang menimpa diriku.Melihat orang yang ku sayang dan cintai lebih bermesra dengan perempuan lain dariku.

Hancur hatiku tidak terkata apabila melihat sendiri apa yang si dia comment di wall perempuan tu.Rasa sedih sangat tak dapat digambarkan hanya Allah yang tahu.Kalau anda di tempat saya,anda rasa terluka x kalau anda ternampak si dia bersayang-sayang dengan perempuan lain?Saya pasti anda juga pasti akan terluka.

Tak cukup ke si dia melukakan hatiku selama ini.Bila ku tulis wo ai ni di wall si dia,si dia sanggup remove & si dia x pernah tulis yg si dia sayang kepadaku or comment apapun activity aku di FB.Kini barula ku tahu aku tidak bermakna dalam diari hidup si dia.

Ku berjanji pada diriku yang ku tidak akan hadir dalam hidupmu lagi dan berpura-pura yang ku tidak mengenali dirimu.Walau sedetik pun kamu terlintas dalam fikiranku,ku akan berusaha melupakan dirimu dan mengganggap diari cinta kita tidak pernah wujud.


Satu yang tidak boleh ku terima walau sebesar mana kesalahanmu padaku tetapi di saat kamu lebih bermesra dengan perempuan lain bersayang-sayang,tiada maaf bagimu.Aku yakin perempuan lain juga sepertiku jikalau situasi ini berlaku.

Tidak tertahan ku menahan air mata ini dari menangis.Ada hikmah di sebalik sebelah antingku yang hilang tempoh hari.Beberapa hari yang lepas telah ku kirim si dia hadiah hari jadi beserta sepucuk surat dan sebelah antingku.Di dalam surat telah ku nyatakan jika si dia ingin meneruskan hubungan kami,ku minta si dia pulangkan anting2 ku jikalau tidak,si dia boleh simpan anting2 ku sebagai kenangan.Yang peliknya antingku itu hilang setelah ku mengirimnya menggunakan skynet,mungkin itu petunjuk Tuhan yang hubungan ku dan si dia akan berakhir.


Ku berharap ku akan tabah melupakan si dia walau tidak mudah untuk ku berbuat demikian.Walaupun hatiku benar-benar terluka,ku doakan si dia akan menemui cinta kebahagiaan dengan perempuan tu.Tabahla wahai diriku...

Saturday, February 19, 2011

Ingin tahu lebih lanjut tentang ketam lembut...

Hye di sana!! Kali ini saya akan share fakta tentang ketam nipah.Ini bukan rekaan cerita tetapi live on TV.Ketam nipah ini biasanya ditangkap di kawasan paya dan ditangkap menggunakan tangkul atau pukat.Tau x kawan2,perangkap ketam harus ditinggalkan beserta umpan antara sejam ataupun keesokan harinya.

Nak tahu x kenapa kita harus melihat perangkap yang dipasang pada masa yang sesuai?Jawapannya adalah kalau kita lambat melihat hasil tangkapan sudah tentu ketam nipah itu akan menjadi makanan binatang lain.

Setelah ketam nipah berjaya ditangkap,ia akan dipasarkan dan ketam nipah mempunyai range harga yang berlainan mengikut size.Baby ketam biasanya di dalam anggaran harga RM5,medium size ketam dalam harga RM8 dan juga big ketam dalam harga RM10.Ada juga ketam yang mencecah harga RM30 sekilo.

Kebanyakan usahawan ketam akan mengambil advantage dengan menjadikan ketam lembut di sebalik ketam nipah tersebut.Ingin tahu caranya?Ketam nipah akan dipotong kakinya kecuali kaki belakang bagi memudahkan proses penyalinan ketam.Setelah kakinya dipotong,ketam nipah akan dimasukkan ke dalam kolam ruangan ketam nipah dan dibiarkan seharian.Jangan risau,kaki ketam nipah akan tumbuh semula dalam masa 26 hari.Proses penyalinan ketam nipah ini biasanya aktif pada waktu malam.

Ketam nipah ini memerlukan perhatian yang tinggi dari usahawan ketam.Makanannya harusla sentiasa ada bagi mengelakkan ketam-ketam ini dari bergaduh dan menggigit bahagian ketam sesama sendiri.Nanti mana la tau kan tiba-tiba tengok badan ketam da sumpik gara-gara bergaduh lapar.

Setelah dibiarkan seharian,usahawan ketam akan dapat melihat ketam lembut terhasil.Isinya sangat lembut dan padat.Ketam nipah yang keras ataupun original akan dibiarkan di dalam ruangan kolam untuk membesar secara normal.Ketam lembut akan diasingkan isinya dan digoreng isinya beserta kulitnya yang begitu lembut untuk dijadikan sajian penggemar makanan laut.

Sekian ini sahaja yang mampu saya kongsi.


Friday, February 18, 2011

Cinta definisi yang complicated

Hye dsana!!Ini adalah blog kedua saya selain dari blog sweetdestinyinmyheart.Kehidupan ini sesuatu yang complicated.Kadang-kadang,kita terpaksa membuat keputusan yang kita sendiri tidak jangka akan berlaku.Kadang-kadang,kita tidak tahu bila kita akan kehilangan orang yang disayangi dalam hidup kita.Kadang-kadang juga kita terpaksa memilih yang lain dan lepaskan sesuatu yang terlalu berharga buat kita bukan dari segi ukuran wang ringgit tetapi dari segi kasih sayang.

Beberapa hari yang lepas,saya tidak menyangka hubungan saya dan si dia akan berakhir setelah berlakunya kedua-dua pihak sedih dan kecewa.Saya tidak mampu menyembunyikan perasaan saya yang kian hari makan hati dengan si dia dan tidak yakin akan cinta si dia kepada saya.Perasaan makan hati saya berlanjutan dan makin teruk setelah saya terbaca post yang si dia pernah tulis di wall ex girlfriend si dia suatu ketika dahulu.

Di saat itu,air mata saya tidak dapat berhenti mengalirkan air mata memikirkan kemesraan mereka berdua dari layanan si dia terhadap saya sekarang.Perbezaan sangat ketara dan boleh dinampak dari jelas.Saya cuba sedaya upaya untuk melepaskan si dia dari hati saya ini tetapi setiap hari saya tidak boleh nafikan yang saya semakin sayangkan si dia.

Bukan niat di hati saya ingin melepaskan si dia pergi tetapi saya ingin si dia mencari cinta baru yang lebih baik dari saya.Saya selalu merasakan hubungan kami ini tidak bahagia dan saya juga tahu saya tidak sehebat ex girlfriend si dia yang berjaya menawan hati,fikiran dan perhatian dari si dia.Saya sentiasa ingin si dia kembali pada saya walaupun saya tahu itu perkara yang impossible.

Cinta kadang-kadang membuatkan hidup kita terikat antara perasaan dan perbuatan kita yang drastik.Tidak semuanya indah dalam percintaan dan tidak semuanya mempunyai happy ending di sebalik cerita cinta.Saya sentiasa mengharapkan si dia pulang & memujuk saya kalau si dia betul2 menyayangi saya.Cinta kami telah sampai ke penghujungnya dan tiada happy ending.

Cuma satu yang ku pinta dalam doaku Ya Allah agar si dia kembali padaku & satukanla cinta kami dalam akad nikah satu hari nanti.amin...