Hye di sana!! Kali ini saya akan share fakta tentang ketam nipah.Ini bukan rekaan cerita tetapi live on TV.Ketam nipah ini biasanya ditangkap di kawasan paya dan ditangkap menggunakan tangkul atau pukat.Tau x kawan2,perangkap ketam harus ditinggalkan beserta umpan antara sejam ataupun keesokan harinya.
Nak tahu x kenapa kita harus melihat perangkap yang dipasang pada masa yang sesuai?Jawapannya adalah kalau kita lambat melihat hasil tangkapan sudah tentu ketam nipah itu akan menjadi makanan binatang lain.
Setelah ketam nipah berjaya ditangkap,ia akan dipasarkan dan ketam nipah mempunyai range harga yang berlainan mengikut size.Baby ketam biasanya di dalam anggaran harga RM5,medium size ketam dalam harga RM8 dan juga big ketam dalam harga RM10.Ada juga ketam yang mencecah harga RM30 sekilo.
Kebanyakan usahawan ketam akan mengambil advantage dengan menjadikan ketam lembut di sebalik ketam nipah tersebut.Ingin tahu caranya?Ketam nipah akan dipotong kakinya kecuali kaki belakang bagi memudahkan proses penyalinan ketam.Setelah kakinya dipotong,ketam nipah akan dimasukkan ke dalam kolam ruangan ketam nipah dan dibiarkan seharian.Jangan risau,kaki ketam nipah akan tumbuh semula dalam masa 26 hari.Proses penyalinan ketam nipah ini biasanya aktif pada waktu malam.
Ketam nipah ini memerlukan perhatian yang tinggi dari usahawan ketam.Makanannya harusla sentiasa ada bagi mengelakkan ketam-ketam ini dari bergaduh dan menggigit bahagian ketam sesama sendiri.Nanti mana la tau kan tiba-tiba tengok badan ketam da sumpik gara-gara bergaduh lapar.
Setelah dibiarkan seharian,usahawan ketam akan dapat melihat ketam lembut terhasil.Isinya sangat lembut dan padat.Ketam nipah yang keras ataupun original akan dibiarkan di dalam ruangan kolam untuk membesar secara normal.Ketam lembut akan diasingkan isinya dan digoreng isinya beserta kulitnya yang begitu lembut untuk dijadikan sajian penggemar makanan laut.
Sekian ini sahaja yang mampu saya kongsi.
No comments:
Post a Comment